Bermula dari 3hb Mei 2007, semua sebutan kes-kes Sivil di Mahkamah Sesyen & Majistret Kuala Lumpur akan bermula pada sebelah petang sahaja iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang (Jumaat 2.45 petang).
Pada sebelah pagi, Mahkamah hanya akan mendengar kes-kes perbicaraan sahaja.
Dan juga,
Bermula dari 4hb Jun 2007, kes-kes Sivil untuk sebutan akan ditetapkan 3 hari sahaja dalam seminggu (pada waktu petang). Pembahagian 3 hari tersebut adalah seperti berikut :
Mahkamah Majistret : Selasa, Rabu, Khamis (kes-kes sebutan yang telah ditetapkan pada hari Isnin dibawa ke Selasa, manakala pada hari Jumaat dibawa ke Khamis)
Mahkamah Sesyen : Isnin, Rabu, Jumaat (kes sebutan hari Selasa di bawa ke Rabu, manakala hari Khamis dibawa ke Jumaat)
Sekian, harap maklum.
Hakim Kanan,
Mahkamah Sesyen & Majistret
Kuala Lumpur
18 April 2007
DISCLAIMER
The Government and the Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused
by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as
agents nor as companies recommended by the Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia